expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Total Pageviews

Showing posts with label honey. Show all posts
Showing posts with label honey. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

My 27th



Syukur alhamdulillah... Pada 18 December 2010 yg lalu, bertambah lagi usiaku, semoga diri ini menjadi lebih matang & berjaya seiring dengan peningkatan usia :-) 27 tahun yg lalu anak bongsu dan tunggal perempuan ini dilahirkan di Hospital Daerah Tapah, Perak... Diberi nama penuh di i/c Nurnadia Binti Ab Rahman, yg membawa makna "Cahaya Pemurah" Masa kecil, ramai yg kata 'budak ini anak manja ni, ye la anak bongsu' 'sorang je pulak tu perempuan' Tapi anak manja ini membesar dengan penuh berdikari dan cuba sedaya upaya untuk membalas segala pengorbanan ayah & mak... Doakan semoga anak ini tidak menjadi bongkak & alpa dengan nikmat dunia yg hanya bersifat sementara.


Hadiah Hari Jadi yg paling bermakna pada tahun ini adalah hadiah pemberian suami tersayang, iaitu Smart Phone Samsung 'Galaxy S' sgt suka walaupun pd mulanya angan2 nak IPhone4 tapi hp ni lagi best :-)) En. Suami siap bagi b'day card... terharu pn. isteri baca :-)) Terima kasih bnyk suamiku, I Love You... Hadiah lain adalah dari bonda tercinta, skirt putih yg ditempah khas katanya... Adik sayang mak :-)) Then boss pun ada bagi hadiah 'photo frame' cantik ada bunga2 dgn card skali... Beberapa org officemate pun ada belanja makan... Syukur dan terasa diri ini disayangi oleh semua...



Cover b'day card from en. suami :-)





bingkisan b'day card :-)) i like...




B'day present Samsung Galaxy S :-))

B'day present from boss :-)




Anyway pada tahun ini kami sekeluarga telah sepakat utk ke Genting Highland... Nasib baik dpt resort bank di Genting View Resort... Smpai disana kami naik Skyway utk ke Taman Keriangan, aku & suami beli tiket 'All Park'... tapi sedikit shj permainan yg kami main sbb terlalu ramai org nak kene beratur... Tapi kami tetap happy walaupun ada ketikanua stress sbb kene beratur panjang... Kami tidur semlm shj disana... Balik kl terus demam selsema, maybe pasal perubahan cuaca kot... Kat sana tengah sejuk sgt, lagipun cuaca asyik hujan... Itulah shj sedikit ceritera sambutan hari lahir pada tahun ini :=)))

Monday, December 6, 2010

Our 4th year Wedding Anniversary :)

Syukur alhamdulillah... Jodoh kami berpanjangan... Walaupun pelbagai rintangan dilalui... bergaduh, merajuk, bermasam muka, ambil hati... Segalanya dapat diatasi :) Itu semua adat dlm sesebuah perkahwinan... Sedangkan lidah lagi tergigit, betul tak? 1 December 2006, tarikh kami nikah... Setelah 4 tahun berlalu, kini kami masih berdua... belum ada rezeki utk menimang cahayamata (timang anak kucing shj... ) doa-doakan semoga 1 Muharram 1432H ini memberi rezeki baru pada kami untuk dpt baby...


kenangan majlis perkahwinan di rumah en. suami di kota bharu, k'tan...



Anyway 1 December 2010 yg lalu en. suami telah bawa pegi dinner sempena anniversary di Restoran Thai Thai, Sunway Pyramid... Kami order nasi bersama lauk pauk yg pelbagai seperti Ikan Garupa masak sweet n' sour, kerabu daging, tomyam seafood & sayur asparagus grg bersama udang... Kenyang gile mkn kat sini, sedap pun boleh tahan la, siap suruh diaorg tapau mknan sebab kami x bleh nak habiskan...

;

;


Harapan sempena tahun baru hijrah ini semoga kami hidup aman bahagia sehingga ke akhir hayat, diberikan lagi rezeki & sentiasa berpijak dibumi yg nyata... InsyaALLAH

Saturday, October 9, 2010

Happy 33rd Birthday Honey!



HAPPY BIRTHDAY TO YOU... HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO HONEY... HAPPY BIRTHDAY TO YOU :)



Memang dah terlambat nak update... Blog pun dah bersarang... Tapi still nak share... Birthday celebration utk en. suami skali majlis berbuka puasa di rumah kami pada 21 Ogos 2010 yang lalu... Simple n nice yg penting surprise birthday cake sedap & design ilham sendiri, bertemakan football n Manchester United ... Ditempah khas di Kedai Roti Rex, Bandar Kinrara, Puchong :)



Harapan sayang semoga honey diberikan kesihatan yang baik, panjang umur dan gembira selamanya disamping sayang & keluarga :) Hopefully rezeki untuk kita mendapat zuriat sendiri akan termakbul... InsyaALLAH... Amin

I LOVE YOU UDA HUSSAIN!
I LOVE YOU UDA HUSSAIN!
I LOVE YOU UDA HUSSAIN!