expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Total Pageviews

Showing posts with label dinner. Show all posts
Showing posts with label dinner. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Our 4th year Wedding Anniversary :)

Syukur alhamdulillah... Jodoh kami berpanjangan... Walaupun pelbagai rintangan dilalui... bergaduh, merajuk, bermasam muka, ambil hati... Segalanya dapat diatasi :) Itu semua adat dlm sesebuah perkahwinan... Sedangkan lidah lagi tergigit, betul tak? 1 December 2006, tarikh kami nikah... Setelah 4 tahun berlalu, kini kami masih berdua... belum ada rezeki utk menimang cahayamata (timang anak kucing shj... ) doa-doakan semoga 1 Muharram 1432H ini memberi rezeki baru pada kami untuk dpt baby...


kenangan majlis perkahwinan di rumah en. suami di kota bharu, k'tan...



Anyway 1 December 2010 yg lalu en. suami telah bawa pegi dinner sempena anniversary di Restoran Thai Thai, Sunway Pyramid... Kami order nasi bersama lauk pauk yg pelbagai seperti Ikan Garupa masak sweet n' sour, kerabu daging, tomyam seafood & sayur asparagus grg bersama udang... Kenyang gile mkn kat sini, sedap pun boleh tahan la, siap suruh diaorg tapau mknan sebab kami x bleh nak habiskan...

;

;


Harapan sempena tahun baru hijrah ini semoga kami hidup aman bahagia sehingga ke akhir hayat, diberikan lagi rezeki & sentiasa berpijak dibumi yg nyata... InsyaALLAH

Tuesday, February 16, 2010

Yang pertama sudah yang kedua pula...



Geng Meja No. 15

Lama menyepi, sibuk barangkali... dinner bnm yg pertama sudah berlalu dengan jayanya... permentasan teater muzikal kami mendapat pujian... alhamdulillah... sebagai tanda penghargaan buat kami yg telah menjayakan dinner pertama dan kakitangan yg tdk dpt hadir disebabkn bebanan tugas, diraikan dengan dinner kedua yg telah diadakan pada 6 februari 2010 (sabtu) yang lalu di hotel nikko, jln. ampang. syukur team muzikal dpt berkumpul semula disamping menikmati juadah chinese set yg sedap sgt... dihiburkan dengan nyanyian dan lawak jenaka Amy Mastura yg sememangnya menghiburkan dan akhir sekali persembahan straight forward band... malam tersebut sgt menyeronokkan ditambah aku menang hadiah no bertuah... 32 no keramat tersebut, walaupun hanya mendpt toaster tapi aku bersyukur... rezeki masih murah org ckp... hehehe... dinner pertama x dpt... inilah rezeki namanya... jam ditangan menunjukkan hampir pukul 10:30mlm...














Amy Mastura yg tersangattt cute & lawak


Tamat sudah dinner sesi bergambar pula... hahaha kami team muzikal memang pantang kalau ada camera mesti nak berposing... hahaha... terima kasih bnm kerana telah mengenyangkn perutku dan menghargai usahaku dlm permentasan teater muzikal... walaupun watak kecil namun kenangan bersama teman2 muzikal adalah yg paling indah... buat teman2ku terima kasih kerana nilai persahabatan ini, semoga kita dpt berkerjasama lagi di masa2 mendatang... buat suamiku yg tercinta terima kasih kerana telah menghantar dan menjemputku walaupun mlm tersebut ada game bola (man u team kegemaranmu)... terima kasih semua...





Team Teater Muzikal "Bank kita, Kebanggaan Semua"